Assalamualaikum
Alhamdulillah, setelah hampir 5 bulan bercuti, aku telah dipanggil untuk berkhidmat bakti kepada kerajaan Malaysia. Weee,,, gembira hati I olls disamping turut berasa cuak dan gementar untuk officially berkerja sebagai seorang doktor. :')
Bermula dari batch PTM Ogos 2014, pihak KKM menggunakan sistem baru which is kita dapat tahu posting kat hospital mana dulu barulah dapat surat induksi/ program transformasi minda (PTM). Aku akan berkerja di Hospital Sungai Buloh. Semua yang bakal bertugas di Selangor berkursus di Hotel Flamingo, Ampang.
Nak berkerja sebagai seorang penjawat awam, wajib tau untuk datang PTM. Buat bakal houseman, kita wajib membawa 4 dokumen seperti di bawah ketika register di PTM masing2:
1) 1 salinan Sijil pendaftaran sementara MMC
2) 1 salinan borang pemeriksaan perubatan (ada dapat sekali dengan surat SPA)
3) 1 salinan surat tawaran SPA
* Sila bawa dokumen asal untuk semua salinan2 di atas
4) 2 salinan borang profil peserta (1 ori + 1 fotostat) berserta gambar setiap satu borang
2) 1 salinan borang pemeriksaan perubatan (ada dapat sekali dengan surat SPA)
3) 1 salinan surat tawaran SPA
* Sila bawa dokumen asal untuk semua salinan2 di atas
4) 2 salinan borang profil peserta (1 ori + 1 fotostat) berserta gambar setiap satu borang
Jadi, tak perlu pening2 ye.. 4 dokumen je kena bawak.
Bagi perempuan, korg mesti akan pening berapa banyak baju nak bawak, nak pakai baju apa and like oh oh I'm so confused! Jangan risau, tujuan post ini ditulis pun untuk membantu golongan seperti kalian.
Aktiviti PTM ni banyak dengar ceramah je sampai penceramah pun boleh ghaib depan mata anda (kalau you tidur -.-). Waktu ceramah kena pakai baju formal tahu. Bila bercakap tentang formal, haruslah bawa baju kurung. Nak pakai blouse dengan skirt labuh pun boleh asalkan nampak formal dan professional. Tudung tu boleh je nak pakai shawl atau tudung sarung, as long as you selesa, nampak kemas dan berkeyakinan tinggi. Beauty is confidence, girls! Muahaha... :p
Aku punya ptm dari 25-29 Ogos. Sebab 5 hari, aku pun bawak 4 pasang baju kurung untuk pakai waktu siang, 2 blouses with long skirt serta 2 jubah untuk pakai waktu malam. Baju tidur bawak 2 pasang cukup la, bukan nak tidur sangat pun. Habis program pukul 10.30pm lepas tu ade diskusi kumpulan. Depends on your group nak habis discussion pukul berapa. Group aku hari tu kul 12.30midnight je paling lambat. Yang pasti, pukul 6.15am esok kena berkumpul kat lobi dah untuk senamrobik. Ya, ada senamrobik setiap pagi.. Jangan rebel ye semua..Jadi, jangan lupa bawak at least 2 pasang sport attire dan kasut sukan ok?!
Selain ceramah, ada aktiviti berkumpulan- lukisan & soalan2 (seperti diatas) serta sketsa. Sketsa tu basically how doctors should handle certain situation. Korang bawak la crayon, alat tulis dan apa yang dirasakan perlu untuk kegunaan masa depan! Wehuuuu...
Ni antara tugasan yang kena buat iaitu jawab 50 soalan umum... Soalan2 ni pentinggg sangat sebab, nanti ada ujian and soalan2 ujian tu lebih kurang dengan soalan2 dalam tugasan kita ni,, Jangan terkejut tau, memang betul2 ada ujian 20 soalan objektif pada hari terakhir PTM. It's not a medical exam.. Soalan2 dia based on the lectures given dan soalan2 dalam 50 soalan tu... Tentang perlembagaan Malaysia, gred2 perkhidmatan awam etc.
Chill guys... enjoy your PTM and the most crucial part is to enjoy the foods provided. Dah la makan 6 kali sehari, sedap pulak tu semua makanan. I'm so in love with the hotel's foods.
Ni kumpulan I olls masa kat ptm itu hari. Ada jugak geng2 HO Sungai Buloh disini. :)
Ni geng MD UKM - AUCMS. We are special and limited edition... ;')
I think that's all for now. Thanks for reading guys.... ^^